Monday, November 16, 2009

DiLawati

Hi Kawan-kawan,

tak lama sebelum ini, koperasi kami telah dilawati oleh lembaga koperasi SMK USJ 23.

Guru penyalaras, Guru bendahari, dan dua orang ahli lembaga koperasi SMK USJ 23 mengadakan lawatan sambil belajar di sekolah kami.

Dari pihak kami pula, guru penyelaras, bendahari koperasi dan beberapa ahli jawatan berkuasa pelajar telah mengiringi mereka dan mengalu-alukan kedatangan mereka. Dengan besar hati sekali, kami telah cuba untuk memastikan mereka tidak berasa tersisir. Cik Tan telah mengadakan ceramah yang pendek berkaitan perjalanan dan pengurusan koperasi dijalankan di bilik APD. Ceramah itu termasuk latar belakang koperasi kami sehinggalah kepada apa yang kami ada pada hari ini.

Selepas itu, kami telah membawa mereka mengunjuingi koperasi. Memberi sedikit keterangan tentang penyimpanan stok, pengagihan kerja, pengurusan wang, dan sebagainya.

Ahli Lembaga Koperasi SMK USJ 23 sangat bertegur ramah. Mereka tidak berasa segan untuk menanya soalan :) mereka juga mempunyai harga diri yang tinggi.

Selepas itu, mereka dijemput untuk menjamu selera dengan kami di tempat khas guru di kantin sekolah. Makanan seperti bihun goreng dan teh tarik telah hidangkan. Masa itu juga digunakan untuk bercakap dan mengetahui lebih tentang satu sama lain. Makanan yang berlebihan dibungkus dan diberi kepada mereka untuk dibawa balik. Yang lebih diberi kepada pelajar-pelajar yang telah menolong Cik Tan dengan mendirikan blog sejarah.

Gambar akanku 'upload-kan' apabila ku dapat.

SELAMAT CUTI SEKOLAH ! dan SEMOGA BERJAYA PELAJAT SPM & STPM =)

No comments:

Post a Comment